Thursday, February 17, 2011

TRIVIA MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH SIRI 3

Saat kewafatan Nabi Muhammad SAW



Airmata Rasulullah...
Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut.
 Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan
Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai
menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. 

Pagi itu,Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

"Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya.
Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian,
Al Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku,
bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk
syurga bersama-sama aku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang
dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun
menahan nafas dan tangisnya.Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan
kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala
itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya didunia.
Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas
menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari
mimbar. 

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti
akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah
Rasulullah masih tertutup. Sedang didalamnya, Rasulullah sedang terbaring
lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang
menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan
salam."Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya
masuk,"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan
badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan
bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"
tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan
pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah
anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan
kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah
malakul maut,"kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril
tidak ikut sama menyertainya. 

Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya
sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu
dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.
"Pintu-pintu langit telah terbuka,para malaikat telah menanti ruhmu. Semua
syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu, " kata Jibril. Tapi itu ternyata
tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.
"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"
"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman
kepadaku: 'Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah
berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas.Perlahan ruh
Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbahpeluh,
urat-urat lehernya menegang. "Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."
Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya
menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya
Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak
tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua
siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku."Badan Rasulullah mulai dingin,
kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.
Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan
telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan
peliharalah orang-orang lemah di antaramu." Di luar pintu tangis mulai
terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan
di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang
mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku"
Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini,
mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik
wa salim 'alaihi Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. 


Sunday, February 13, 2011

TRIVIA MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH SIRI 2


KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W – PESANAN SEPANJANG ZAMAN 

KHUTBAH Hujjatul Wada adalah khutbah terakhir Rasulullah SAW. Baginda menyampaikan khutbah itu pada upacara kemuncak ibadat haji iaitu ketika melakukan wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah, 10 Hijrah.

Seumur hidup, Rasulullah SAW hanya melakukan ibadat haji sekali. Ketika itu, berpuluh ribu rombongan haji dari negara seperti Iraq dan Kuwait turut hadir melaksanakan haji bersama Baginda.



Khutbah Hujjatul Wada penting kerana di dalamnya terkandung mesej yang perlu difahami, diingati dan diikuti umat Islam walaupun selepas Rasulullah SAW wafat. Jika diamati, hampir semua mesej disampaikan Baginda menyentuh hubungan sesama manusia.

Baginda SAW ketika itu sudah mengetahui umurnya tidak panjang dan perlu mengingatkan umat Islam kesimpulan bagi apa yang disampai dan diajarkan kepada ummah sepanjang hidup Baginda.

Antara mesej Rasulullah SAW ialah hak asasi manusia iaitu kesucian darah manusia yang tidak patut ditumpahkan ke muka bumi dengan sia-sia. Semua insan harus bersama menjaga kesucian itu.

Dalam khutbah itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Darah dan harta kamu mesti dihormati sehingga kamu bertemu kembali dengan Tuhan kamu. la mesti dihormati seperti kehormatan hari kamu ini (hari Arafah) dan kehormatan bulan kamu ini (bulan haram Zulhijjah).”

Rasulullah SAW turut menyebut mengenai penjagaan harta. Ini adalah mesej kedua terkandung dalam khutbah yang turut menekankan kesucian harta milik seseorang sepatutnya tidak diganggu atau diambil individu lain tanpa persetujuan pemiliknya.

Baginda menambah: “Semua amalan riba dihapuskan. Namun kamu berhak memiliki modal kamu tanpa kamu menzalimi atau dizalimi. Allah menetapkan tiada riba (lagi diamalkan).”

Di sini dapat kita lihat amalan riba ditolak sama sekali dalam Islam kerana menindas peminjam dengan mengenakan bayaran kembali dalam jumlah melebihi modal dipinjamkan. Ini menzalimi si peminjam yang kemungkinan besar masih kesempitan wang.

Sistem perbankan dunia kini yang berlandaskan riba juga menyebabkan krisis ekonomi yang menekan negara miskin terutama Negara Dunia Ketiga. Oleh itu, sesiapa yang mengamalkan riba ibarat memerangi Allah yang dosanya adalah besar di sisi Allah.

Dalam khutbah Hujjatul Wada, Rasulullah SAW juga menyebut hak wanita dalam hubungan suami isteri dan masyarakat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud: “Wahai manusia! Kamu mempunyai hak ke atas isteri kamu dan mereka pula mempunyai hak ke atas kamu.”

Wanita berhak ke atas suaminya untuk menerima nafkah zahir dan batin termasuk tempat berlindung, pakaian dan hubungan intim suami isteri. Wanita juga tidak boleh dijadikan hamba dan ditindas dalam institusi kemasyarakatan.

Baginda SAW menyambung lagi: “Jika mereka melakukannya (kejahatan atau kemungkaran), Allah membenarkan kamu untuk meninggalkan tidur dengan mereka dan memukul mereka dengan pukulan tidak keras. Jika mereka berhenti daripada perbuatan ini, mereka berhak mendapat rezeki dan pakaian yang baik. Terimalah pesanan aku untuk berbuat baik dengan wanita ini. Mereka adalah pembantu kamu. Mereka tidak memperoleh apa-apa bagi diri mereka. Kamu mengambil mereka sebagai amanah Allah serta menghalalkan kemaluan mereka dengan kalimah Allah.”

Seterusnya Baginda SAW berpesan supaya berpegang kepada dua sumber utama Islam iaitu kitab al-Quran dan sunnah kerana tidak akan menyesatkan dan tidak hilang sehingga kiamat. Baginda SAW bersabda yang bermaksud; “Fahamilah sabdaku ini, wahai manusia! Sesungguhnya aku sudah menyampaikan. Aku tinggalkan kepada kamu satu perkara yang jelas, jika kamu berpegang teguh dengannya, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, (yakni) kitab Allah dan sunnah nabi-Nya.”

Akhirnya Rasulullah SAW berpesan semua umat Islam itu bersaudara dan mesti saling mengingati dengan melakukan dakwah, seruan penting bagi sentiasa mengingatkan umat Islam supaya kekal di jalan lurus dan tidak terpengaruh dengan amalan hidup kekafiran.

Baginda SAW bersabda pada hujung pesanan dalam khutbah itu yang bermaksud: “Wahai manusia! Dengar dan fahamilah sabdaku. Kamu tahu bahawa setiap orang Islam saudara (bertanggungjawab) kepada orang Islam yang lain. Sesungguhnya orang Islam bersaudara.”

Pada akhir katanya, Baginda SAW bertanya kepada jemaah haji yang mendengar khutbah itu sama ada Baginda sudah menyampaikan apa yang patut disampaikan sebagai Rasul kepada umatnya. Semua hadirin mengiyakan Baginda sudah melunaskan tanggungjawabnya. Baginda SAW menunjuk ke langit seraya meminta Allah menyaksikan peristiwa itu. Tiga kali Baginda bertanya begitu dan mendapat jawapan yang sama daripada jemaah serta bersaksi dengan menunjukkan jarinya ke langit.

Tamatnya khutbah Hujjatul Wada itu, cuma Abu Bakar yang menitiskan air mata kerana beliau memahami kesimpulan khutbah itu ialah Rasulullah SAW bakal meninggalkan umatnya dan terpulang kepada kita sebagai pengikutnya untuk mengingati pesanan itu tanpa Baginda yang dikasihi berada di sisi . 

Monday, February 7, 2011

TRIVIA MAULIDUR RASUL 1432 HIJRAH SIRI 1


BIOGRAFI RASULULLAH S.A.W


Nama :
Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam bin 'Abdullah bin 'Abdul Mutalib bin Hasyim bin 'Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka'ab bin Lu'ai bin Ghalib bin Fihr bin Malik bin Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin Mudhar bin Nizar bin Ma'ad bin 'Adnan.
Bapa :
Abdullah bin Abdul Mutalib
Ibu :
Aminah binti Wahab bin 'Abdul Manaf bin Zuhrah bin Kilab
Tarikh lahir :
Isnin, 12 Rabi'ul Awal Tahun Gajah (pendapat masyhur). Pendapat yang rajih pada 
9 Rabi'ul Awal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571 Masihi.
Status :
Anak yatim, kematian bapa semasa 2 bulan dalam kandungan. Ibunya wafat semasa berumur 6 tahun.
Isteri-isteri :
  1. Khadijah binti Khuwailid Radhiallahu 'Anha
  2. Saudah binti Zam'ah Radhiallahu 'Anha
  3. 'Aisyah binti Abu Bakar Radhiallahu 'Anhuma
  4. Hafsah binti Umar Radhiallahu 'Anhuma
  5. Zainab binti Khuzaimah Radhiallahu 'Anha
  6. Ummu Salamah, Hindun binti Abu Umayyah Radhiallahu 'Anha
  7. Zainab binti Jahsy Radhiallahu 'Anha
  8. Juwairiyah binti Harith Radhiallahu 'Anha
  9. Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan Radhiallahu 'Anhuma
  10. Shafiyyah binti Huyai bin Akhtab Radhiallahu 'Anha (Banu Nadir keturunan Nabi Harun)
  11. Maimunah binti Harith Radhiallahu 'Anha
· Semua isteri Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam janda semasa dikahwini kecuali AisyahRadhiallahu 'Anha.
· Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam meninggalkan 9 orang isteri setelah kewafatannya.
Surriyyah [1] : (Hamba yang disediakan tempat kediaman untuknya. Mukhtar Al-Sihah.)
  1. Mariah binti Syam'uun Radhiallahu 'Anha (Hadiah raja Mesir, Muqauqis)
  2. Raihanah binti Zaid Radhiallahu 'Anha (Tawanan perang yang masuk Islam, dibebaskan dan berkahwin dengan Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, dari Banu Nadhir)
Zuriat :
  1. Qasim Radhiallahu 'Anhu (menyebabkan baginda Sallallahu 'Alaihi Wasallam digelar Abul Qasim)
  2. Zainab Radhiallahu 'Anha
  3. Ruqayyah Radhiallahu 'Anha
  4. Ummu Kalthum Radhiallahu 'Anha
  5. Fatimah Radhiallahu 'Anha
  6. Abdullah Radhiallahu 'Anhu (digelar sebagai at-Taiyib dan at-Tahir)
  7. Ibrahim Radhiallahu 'Anhu.
  • Semuanya daripada Khadijah Radhiallahu 'Anha kecuali Ibrahim Radhiallahu 'Anhudaripada Mariah Al-Qibtiyyah Radhiallahu 'Anha.
  • Semua anak-anak Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam wafat sewaktu hayat bagindaSallallahu 'Alaihi Wasallam kecuali Fatimah Radhiallahu 'Anhu.
  • Semua anak lelaki wafat sewaktu kecil lagi.

Tuesday, February 1, 2011

KERJA KECEMASAN @ BUKIT FRASER

31 JANUARI 2011

KUALA KUBU BHARU – Hujan lebat tanpa henti bermula pada 30 Januari 2011 ( Ahad ) telah menyebabkan beberapa siri kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar daerah Hulu Selangor . Di antara laluan yang terlibat adalah di Laluan Persekutuan FT 55 , Kuala Kubu Bharu – Bukit Fraser .

Kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang tersebut telah menyebabkan perjalanan ke Bukit Fraser tergendala selama beberapa jam sementara kerja – kerja pembersihan kawasan di jalankan . Kerja – kerja kecemasan tersebut telah di laksanakan oleh pihak JKR Hulu Selangor . Setelah kerja – kerja pembersihan selesai di laksanakan , laluan tersebut  di buka semula kepada semua jenis kenderaan . 

Sekalung TAHNIAH dan TERIMA KASIH  kepada semua Pegawai dan Pekerja JKR Hulu Selangor yang terlibat .



SEBELUM KERJA DI JALANKAN







SEMASA KERJA DI JALANKAN









SELESAI












Thursday, January 27, 2011

DARI MEJA JURUTERA DAERAH


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , dengan rasa penuh kesyukuran , JKR Daerah Hulu Selangor telah dapat menerbitkan blog ini buat julung kalinya. Hasrat murni , penerbitan blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan informasi kepada semua terutamanya mereka yang terdiri dari warga kerja JKR Daerah sendiri. Disamping itu juga , ianya membukukan rentetan peristiwa dan aktiviti daerah untuk tatapan bersama.

Tidak terlambat rasanya bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pelayar blog ini . Sekali lagi kita mengorak langkah ke tahun baru dengan pelbagai agenda dan aktiviti baru disulami dengan Iltizam dan Keyakinan yang jitu untuk merialisasikannya.

Januari ini, genap setahun saya duduk di kerusi ini, pun begitu masih banyak perkara dan masalah yang belum selesai. Jesteru, saya meletak setinggi harapan pada 2011 sebagai Tahun Perlaksanaan merangkumi projek pengurusan kakitangan , urusan pentadbiran dan kewangan . Dengan itu saya mengharapkan kerjasama penuh dari pihak atasan , ketua jabatan , ketua – ketua unit , kakitangan dan semua pihak  untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu , saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi perbelanjaan JKR Daerah yang mencecah 99 % yang mana tidak pernah dicapai sebelum ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat.

Tahun 2011 in merupakan permulaan RMK 10 yang mana lebih besar cabarannya. Dengan penekanan rakyat didahulukan , keselamatan dan keselesaan rakyat menggunakan dan menikmati kemudahan awam ini sangat di titikberatkan . Bersamalah kita berusaha bersungguh – sungguh dalam menjayakan setiap amanah yang diberikan.

Dalam kesungguhan kita bekerja seharian, pengurusan masa sangatlah penting untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dengan aktiviti riadah dan sosial serta pengurusan masa berkualiti bersama keluarga . Dengan adanya blog ini, saya percaya ianya akan menjadi penyingkap di masa hadapan tentang kenangan setiap perkembangan yang telah dicapai.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga JKR khususnya dan semua pelayar amnya. Semoga permulaan tahun 2011 ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita sama – sama menempa kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tahun.


SEKIAN , TERIMA KASEH .





GOTONG ROYONG @ BAHAGIAN JALAN 2011


Pada 19 Januari 2011 bersamaan hari rabu , Bahagian Jalan telah mengadakan gotong royong peringkat bahagian bagi menyahut seruan pihak pengurusan untuk mengamalkan sistem 5’s di semua pejabat JKR . Gotong royong ini telah di jayakan oleh semua kakitangan Bahagian Jalan . Majlis gotong royong ini di akhiri dengan jamuan ringan dan cabutan bertuah . Terima kasih dan SYABAS di ucapkan kepada semua yang terlibat  .



Seputar sehari gotong royong @ Bahagian Jalan



Tahniah kepada Pn.Norzieana atas tuah " lucky draw "