Thursday, January 27, 2011

DARI MEJA JURUTERA DAERAH


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , dengan rasa penuh kesyukuran , JKR Daerah Hulu Selangor telah dapat menerbitkan blog ini buat julung kalinya. Hasrat murni , penerbitan blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan informasi kepada semua terutamanya mereka yang terdiri dari warga kerja JKR Daerah sendiri. Disamping itu juga , ianya membukukan rentetan peristiwa dan aktiviti daerah untuk tatapan bersama.

Tidak terlambat rasanya bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pelayar blog ini . Sekali lagi kita mengorak langkah ke tahun baru dengan pelbagai agenda dan aktiviti baru disulami dengan Iltizam dan Keyakinan yang jitu untuk merialisasikannya.

Januari ini, genap setahun saya duduk di kerusi ini, pun begitu masih banyak perkara dan masalah yang belum selesai. Jesteru, saya meletak setinggi harapan pada 2011 sebagai Tahun Perlaksanaan merangkumi projek pengurusan kakitangan , urusan pentadbiran dan kewangan . Dengan itu saya mengharapkan kerjasama penuh dari pihak atasan , ketua jabatan , ketua – ketua unit , kakitangan dan semua pihak  untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu , saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi perbelanjaan JKR Daerah yang mencecah 99 % yang mana tidak pernah dicapai sebelum ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat.

Tahun 2011 in merupakan permulaan RMK 10 yang mana lebih besar cabarannya. Dengan penekanan rakyat didahulukan , keselamatan dan keselesaan rakyat menggunakan dan menikmati kemudahan awam ini sangat di titikberatkan . Bersamalah kita berusaha bersungguh – sungguh dalam menjayakan setiap amanah yang diberikan.

Dalam kesungguhan kita bekerja seharian, pengurusan masa sangatlah penting untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dengan aktiviti riadah dan sosial serta pengurusan masa berkualiti bersama keluarga . Dengan adanya blog ini, saya percaya ianya akan menjadi penyingkap di masa hadapan tentang kenangan setiap perkembangan yang telah dicapai.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga JKR khususnya dan semua pelayar amnya. Semoga permulaan tahun 2011 ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita sama – sama menempa kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tahun.


SEKIAN , TERIMA KASEH .





GOTONG ROYONG @ BAHAGIAN JALAN 2011


Pada 19 Januari 2011 bersamaan hari rabu , Bahagian Jalan telah mengadakan gotong royong peringkat bahagian bagi menyahut seruan pihak pengurusan untuk mengamalkan sistem 5’s di semua pejabat JKR . Gotong royong ini telah di jayakan oleh semua kakitangan Bahagian Jalan . Majlis gotong royong ini di akhiri dengan jamuan ringan dan cabutan bertuah . Terima kasih dan SYABAS di ucapkan kepada semua yang terlibat  .



Seputar sehari gotong royong @ Bahagian Jalan



Tahniah kepada Pn.Norzieana atas tuah " lucky draw "


SLOPE WORKS 2010 @ JKR HULU SELANGOR


Cadangan Membaikpulih Cerun Dan Kerja - Kerja Berkaitan ,
Di Laluan B44 , Hulu Bernam - Sg. Besar , Seksyen 64.20 , 
Daerah Hulu Selangor , Selangor Darul Ehsan .


Membaikpulih Cerun Runtuh Dan Kerja - Kerja Berkaitan ,
Di KM 32.40 - 32.50 , Laluan FT 55 , Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser ,
Daerah Hulu Selangor , Selangor Darul Ehsan .


Cadangan Membaikpulih Cerun Runtuh Dan Kerja - Kerja Berkaitan   ,
Di Laluan FT 55 , Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser , 
Seksyen 19.50 , Daerah Hulu Selangor , Selangor Darul Ehsan .

Cadangan Membaikpulih Cerun Runtuh Dan Kerja - Kerja Berkaitan ,
Di Laluan Rasa - Bukit Beruntung , Seksyen 3.10 ,
Daerah Hulu Selangor , Selangor Darul Ehsan .