Thursday, January 27, 2011

DARI MEJA JURUTERA DAERAH


Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Alhamdulillah , dengan rasa penuh kesyukuran , JKR Daerah Hulu Selangor telah dapat menerbitkan blog ini buat julung kalinya. Hasrat murni , penerbitan blog ini adalah bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan informasi kepada semua terutamanya mereka yang terdiri dari warga kerja JKR Daerah sendiri. Disamping itu juga , ianya membukukan rentetan peristiwa dan aktiviti daerah untuk tatapan bersama.

Tidak terlambat rasanya bagi saya untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua pelayar blog ini . Sekali lagi kita mengorak langkah ke tahun baru dengan pelbagai agenda dan aktiviti baru disulami dengan Iltizam dan Keyakinan yang jitu untuk merialisasikannya.

Januari ini, genap setahun saya duduk di kerusi ini, pun begitu masih banyak perkara dan masalah yang belum selesai. Jesteru, saya meletak setinggi harapan pada 2011 sebagai Tahun Perlaksanaan merangkumi projek pengurusan kakitangan , urusan pentadbiran dan kewangan . Dengan itu saya mengharapkan kerjasama penuh dari pihak atasan , ketua jabatan , ketua – ketua unit , kakitangan dan semua pihak  untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu , saya gembira dan berpuas hati dengan prestasi perbelanjaan JKR Daerah yang mencecah 99 % yang mana tidak pernah dicapai sebelum ini. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua pegawai yang terlibat.

Tahun 2011 in merupakan permulaan RMK 10 yang mana lebih besar cabarannya. Dengan penekanan rakyat didahulukan , keselamatan dan keselesaan rakyat menggunakan dan menikmati kemudahan awam ini sangat di titikberatkan . Bersamalah kita berusaha bersungguh – sungguh dalam menjayakan setiap amanah yang diberikan.

Dalam kesungguhan kita bekerja seharian, pengurusan masa sangatlah penting untuk mengimbangi kesihatan tubuh badan dengan aktiviti riadah dan sosial serta pengurusan masa berkualiti bersama keluarga . Dengan adanya blog ini, saya percaya ianya akan menjadi penyingkap di masa hadapan tentang kenangan setiap perkembangan yang telah dicapai.

Akhir kata, saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua warga JKR khususnya dan semua pelayar amnya. Semoga permulaan tahun 2011 ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita sama – sama menempa kejayaan dan kecemerlangan sepanjang tahun.


SEKIAN , TERIMA KASEH .





No comments:

Post a Comment